Selasa, 20 Oktober 2015

5 KERETA TERMAHAL DUNIA (2015)

Kereta dicipta sebagai satu cara pengangkutan yang lebih cepat untuk manusia.Kereta automobil  pertama dicipta oleh Nicolas Joseph Cugnot pada tahun 1768 iaitu kereta berkuasa stim.


Kereta berkuasa stim
Kemudian kereta diubahsuai daripada kereta berkuasa stim bertukar kepada kereta berkuasa minyak petrol bernama Benz Patent Motorwagen yang dicipta pada tahun 1886 oleh Karl Benz.  



Benz Patent Motorwagen
Kemudian selepas lebih 1 abad kereta mula berubah bentuk dan mempunyai enjin yang sangat berkuasa.Jika dahulu kenderaan sebagai satu pengangkutan sekarang ada yang menjadi hasil seni yang menarik.Hasil seni ini menyebabkan sesetengah kenderaan sekarang ini mencapai harga jutaan atau puluhan juta ringgit.Hari ini kita akan melihat 5 kereta termahal dunia pada tahun 2015.




5.Ferrari F60 America ($2.5M)=(RM10 Juta)




Ferrari memang terkenal dalam pembuatan kereta mewah semenjak awal penubuhanya pada tahun 1929 lagi jadi tidak pelik jika ada keluarannya memasuki senarai 5 kereta termahal dunia ini.Kereta ini dibina untuk menyambut 60 tahun Ferrari berada di Amerika Utara.Mereka hanya membina 10 sahaja hasil seni yang menakjubkan ini.F60 mampu memecut 
60 bsj dalam masa 3.1 saat.






4.Mansory Vivere Bugatti Veyron ($3.4M)=(RM13.6 Juta)




Bugatti satu lagi jenama pengeluar kereta sport yang terkenal.Memang ganjil jika tiada walau satu pun versi Bugatti Veyron dalam senarai ini.
Mansory Vivire adalah salah satu edisi Bugatti Veyron yang bukan sahaja antara kereta terpantas dunia ia juga antara yang paling mahal didunia untuk beberapa tahun ini.

Vivere bermaksud hidup dan kereta ini memang antara salah satu seni hidup yang paling cantik di dunia.Sebelum Mansory Vivire menjadi model  terbaru Bugatti Veyron adalah Grand Sport Vitesse
Roadster yang hanya dihiasi dengan badan gentian karbon dan pakej spoiler yang baru. Mansory pula dihiasi dengan lampu LED yang dinaiktaraf dan Grill hadapan yang dinaiktaraf.

Oh,hampir terlupa ia juga boleh memecut maksimum selaju 245bsj.






3.W Motors Lykan Hypersport($3.5M)=(RM14Juta)


Lykan Hypersport mula dikenali selepas menjadi salah satu kereta yang terpilih untuk berada dalam permainan video seperti Asphalt 8 :Airbone,
Project CARS,Driveclub dan juga GT Racing 2:The Real Car Experience ia juga terpilih untuk digunakan dalam filem blockbuster Furious7 apabila berada dalam salah satu babak dimana watak Dominick Torreto (Vin Diesel) dan 
Brian O Connor (Paul Walker) dimana mereka melompat dari bangunan di Dubai bukan satu bukan dua tetapi tiga bangunan.Tetapi realitinya jika anda memiliki kereta ini janganlah berbuat demikian kerana ini antara kereta termahal di dunia dan antara kereta paling eksklusif di dunia kerana hanya ada 7 sahaja kereta ini di dunia.

Lykan Hypersport keluaran W Motors ini 
$1 juta bersamaan RM 4 juta lebih mahal dari Bugatti Veyron Super Sport.
Kereta ini kereta pertama yang lampu hadapannya dihiasi dengan berlian.
Pembeli juga boleh memilih jenis berlian seperti Delima (Rubies),Berlian (Diamond),Berlian Kuning (Yellow Diamond) dan Batu Nilam (Sapphires) untuk 
 dijadikan hiasan lampu hadapan kenderaan ini.

Kenderaan ini juga mampu mencapai 62 bsj atau 100 KM sejam dalam masa hanya 2.8 saat sahaja.Kelajuan penuh kereta ini dikatakan selaju 239bsj atau 385 KM sejam

Ini satu dari 7 Lykan Hypersport di dunia.



Dan juga babak Furious 7 yang menampilkan kereta ini.





2.Lamborghini Venono ($4.5M)=(RM18 juta)



Kita menghampiri tangga ke-2 yang dimiliki oleh Lamborghini Veneno dengan harga $4.5M atau RM18 juta.Lamborghini Veneno bermaksud racun dalam bahasa Itali.

Veneno dicipta untuk menyambut Hari Lahir ke-50 penciptanya.Saya tak tahu apa sebabnya ia dinamakan Veneno iaitu Racun tapi ia memang kereta yang beracun untuk peminat kereta.

Kereta ini sangat menakjubkan walaupun kita lihatnya pada sudut yang berbeza.Ia tak nampak benar tapi memang sepatutnyalah ia cantik dipandang walau dilihat dari sudut berbeza jadi tidak rugilah RM18 juta ringgit untuk membeli kereta ini.Kelajuan maksimum kereta ini ialah 221BSJ.Ia mampu mencapai dari 0 hingga 60BSJ dalam masa 2.5 saat.

Ohh hampir terlupa Lamborghini Veneno hanya ada 9 saja di dunia.

Ini adalah satu dari 9 kereta tersebut. 







1.Koenigsegg CCXR Trevita($4.8M)=(RM32 Juta)






CCXR Trevita satu keluaran yang mengejutkan dari jenama Koenigsegg kerana Koenigsegg adalah satu jenama yang kurang dikenali ramai bukannya seperti Ferrari,Lamborghini atau Bugatti.Tetapi sekali mengeluarkan satu produk ianya terus menjadi Kereta termahal dunia 2015.
Jadi pasti menghairankan kenapa jenama yang kurang dikenali ini mendapat gelaran Kereta termahal dunia 2015.Ianya kerana CCXR Trevita bukan seperti kereta lain kerana ia kereta pertama didunia yang disaluti berlian dan yang pasti berlian bukan sesuatu yang murah betul kan?...

Untuk Trevita,Jenama dari Sweden ini mencipta kemasan luaran yang diberi nama Koenigsegg Proprietary Diamond Weave,yang melibatkan salutan 
Fiber Carbon AKA Carbon Fibre dengan Serbuk Berlian Direndam Resin.
Saya tak dapat anggarkan pun harga untuk melakukan proses mengecat sahaja.

Kereta ini dapat memecut 0-100KMJ dalam masa 2.8 saat sahaja.Kelajuan Maksimum kereta ini ialah 440KMJ.

Dengan kelajuan maksimum kereta ini iaitu 440KMJ kereta ini mendapat 
tempat ke-3 kereta Terlaju Didunia 2015.Dan dengan harganya ia mendapat tempat pertama Kereta termahal dunia.Dan hanya ada 3 sahaja kereta ini didunia ia mendapat gelaran Kereta Paling Eksklusif Di Dunia memang patutlah CCXR Trevita mendapat gelaran Raja Kereta 2015.Syabas diucapkan kepada Koenigsegg kerana telah mencipta satu karya agung untuk tahun 2015 dan diharapkan mereka dapat mengeluarkan lagi kereta seperti ini untuk masa akan datang.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Koenigsegg dan sampai disini sahaja post saya untuk kali ini semoga kita berjumpa lagi.




OOOH sebelum pergi lihatlah dulu video salah satu dari tiga kereta ini.










                   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan